THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 1, 2009

Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek yang ke-14 di Red Box Plus,Pavillion

Pada 19 Julai lalu, Budiey dijemput oleh ibu kepada pelakon yang semakinbersinar bakatnya, Erin Malek ke Parti Sambutan Hari Jadi Erin Malek yang ke-14. Dilangsungkan di Pusat Karaoke Red Box Plus, Pavilion, parti itu turut meriah kerana diraikan bersama dengan rakan-rakan Erin Malek antaranya Errynne Erynna, pelakon Ariel dan ramai lagi termasuk juga sanak saudara serta kenalan dari produksi filem.

Tidak terlewat untuk Budiey ucapkan selamat hari jadi yang ke 14 kepada Erin Malek. Semoga bintangmu semakin bersinar dan terus mengecapi kejayaan dalam bidang lakonan di masa akan datang.

Malam itu, katanya mereka berkaraoke sambil meraikan befday Erin sampai jam 3 pagi. Mesti seronokkan? Tapi Budiey terpaksa pulang awal sebab nak kena attend Voting Party MTV Asia Awards di Zouk KL.

Kepada ibu Erin, Puan Harryzah Abu Hassan… Budiey ucap terima kasih kerana sudi menjemput dan sudi kasi bahan eksklusif untuk Sensasi Selebriti. Juga terima kasih kerana sudi melawat blog ini setiap hari… mesti akak selalu baca komen daripada peminat Erin kat sini kan?

Budiey sempat juga berbual seketika dengan pelakon genit ini. Sebenarnya gadis yang mempunyai nama sebenar Nur Arina Abdul Malek ini mula berjinak dalam bidang lakonan sejak empat tahun lalu menerusi filem Bilut.


Erin Malek bersama seorang kawannya yang juga seorang model iklan. Jangan gossip mereka berdua ya. Mereka hanya kawan. Peminat Erin jangan gigit jari lak ya.


Bersama Errynne Errynna, rakan artis yang paling rapat dengan Erin yang juga pelakon Congkak.


“Happy Birthday to Erin!”







Erin begitu minat dalam bidang lakonan sebab selalu mengikut ayahnya yang bekerja sebagai jurukamera ke set pengambaran drama dan filem. Dari situ timbul nalurinya ingin menjadi pelakon dan mengimpikan untuk menjadi bintang dan ratu drama dan filem suatu hari nanti.

Watak paling mencabar bagi Erin adalah watak dia dirasuk dalam filem Congkak. Melihat kepada jadualnya yang begitu ketat, sehingga kadang-kadang Erin terpaksa mengambil cuti tetapi masih lagi belajar di set pengambaran, tidak terganggu ke pelajaran Erin? Katanya, itulah satu pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh Erin. Yang penting Erin terpaksa membahagikan masa dan menggunakan konsentrasi serta fokus kepada apa yang ingin dibuatnya.

Tahun depan, Erin mahu berehat dari dunia lakonan untuk bersiap sedia menghadapi PMR. Erin tidak punyai ramai kawan dan selalu sahaja menghabiskan masa luangnya di rumah di samping ada private tutor di rumah.

Keesokannya, Erin khabarnya terpaksa ke Ipoh untuk satu pengambaran drama dan akan berada di sana selama seminggu.

Buat Erin, semoga segalanya baik-baik sahaja. Selamat hari jadimu yang ke-14 dari kami.




0 comments: